Tabung Cik Mia

17 Ogos 2014

Deco | Mia's Playroom

Tengah mencari idea untuk buat bilik kedua sebagai bilik main + belajar + santai2 untuk Mia dan adiknye yg bakal lahir. Sebabnye nak Mia main kat bilik ni drp main kt depan tv supaya hall kami tak bersepah. Nak sepah2 pegi bilik main ni saje hehe

Cantikkan bilik main blogger ni?? Die buat untuk anak lelakinye.. Xsilap ni dr blogger aku bukan bidadari. Berkenan dengan deco rumah die..simple dan cantik. Nanti dah jumpe address blog die mamamia tepek kt sini ye ;)

Yang ni idea yang dapat dicari drp mengoogle....cantik kan.. ;)

16 Ogos 2014

Pureen Clearance Stock Sale Review

Hari ni gigih bangun awal coz nak pegi le PCS ni..ikutkan hati nak sambung tido coz hujan la pulak kat luar tu. Sejuknyeeee..tpi misi tetap misi...hehe
Dalam kepala dah siap listkan barang-barang yang nak dirembat sebab tau akan ramai orangkan.
Kami tiba dalam pukul 9.45am. Nampak.dr luar mcm tak ramai org walaupun kete dah berderet2 parking..bila dh berjalan masuk baru nampak manusia yang sedang bertungkus lumus menggali baju2.. Ade yg dah siap-siap duduk tepi tembok sambil pilih-pilih baju yang berkenan.
Nak bagi tips sikit pada siapa yang tak pernah pergi warehouse sale / clearance sale ni. Antara tips berguna;
1. Datang seawal yg boleh. Sbb senang nak parking dan mudah nak rembat baju
2. Kaut baju xkira saiz masuk je dlm bag ikea yg disediakan.
3. Cari port baik punye utk pilih baju-baju yg korang kaut tadi. Sambil-sambil tu husband pegi kaut baju dan barang2 kat tmp lain. Anda jgn bergerak ke mana-mana sebab nanti xde tmp dah.
4. Baju yg tak nak tu letak je balik kat tmp longgokan baju mana-mana tmp..no.problem cz kat tag dah ade tanda harga
So...ni la hasil yg kami sempat amik. Untuk 17 pasang baju ni ade yang harga RM1/RM3/RM4 sehelai.. utk set RM8/RM10 sehelai..total kami kena tak sampai RM300..dlm RM2xx lebih saje.
PUAS HATI DEN!!

14 Ogos 2014

Our Small House | Bandar Putera Klang

Teringat masa mula-mula nak beli rumah. Sangat susah nak decide nak beli kat mana. Rumah di Shah Alam ni harga mencanak-canak naik. Tapi kawasan ni jugalah yg mamamia suke.. Rumah yang dicari mestilah nak landed house..tak nak dah duduk apartment. Nak merasa duduk rumah yg ade halaman, boleh bercucuk tanam dan yang penting ade kawasan untuk anak-anak bermain ;)

So survey punye survey terjumpe kawasan kat Klang ni iaitu Bandar Putera Klang. Tak jauh dari Shah Alam..nak ke tempat keje dalam 20 ke 30 minit je dan harga mampu milik. Oleh kerana nak yg ade halaman besar kami pilih corner lot. Alang-alang beli biar puas hati.. Untuk dapatkan corner lot ni kteorg trpaksa terpacak dpn opis IOI properties kat Bandar Puteri pepagi buta..mcm goreng pisang la..15 minit habis kot.. Masuk opis IOI kteorg mcm beracing haha..bile dgr salesman jerit2 lot tu booked! lot ni booked! Kteorg xpkir panjang trus booked jg ekeke pastu berpeluh jg utk bur 10% tu haha..nasib baru dpt duit kwsp sbb pilih pencen kan...so kiranye duit kwsp ni digunakan dgn sebaiknye la ;) .Tak guna loan kerajaan sbbnye rumah ni ade 2 harga or SMP.mcm tu la. Tak tau mcm mane nak trangkan tp mmg xleh guna loan kerajan..sbb tu terpaksa bayar 10%.. Bulan2 nanti kena bayar RM1k++ untuk duit rumah ni so mamamia sila berjimat ye. InsyaAllah masih dalam kemampuan untuk itu..

Skang tunggu masa rumah nak siap..tgh bz jg tgk deco2 kat blog org lain. Tak sabau nak mendeco..tp apepon kena kumpul duit dlu br best nk renovate n deco2 ni ;)

08 Ogos 2014

Pureen Clearance Stock Sale!

Jangan lupe datang serbu..coz mamamia tak sabar nak borong banyak-banyak sebab katanye murah baju baby time ni hehe so dapat jimat untuk beli keperluan lain pula.. Target nak cari set baju newborn, head to toe body wash utk baby dan Mia, baby wipes serta liquid cleanser. Harap dapat bangun awal pagi untuk ke warehouse sale ni ;)

01 Ogos 2014

Antara Medela Swing, Swing Maxi & Medela Freestyle??

Semenjak dua menjak ni memang gigih la mengoogle pasal breastpump ni. Dari segi kegunaan dan harga yang berpatutan. Sampai migrain-migrain kepala ai..haha Harga paling murah untuk untuk breastpump

Madela Swing:
 
RM620
http://mothersfirstchoice.blogspot.com/

Medela Swing Maxi:


RM999
http://shopsiniyou.blogspot.com/

Madela Freestyle:
RM1099 (bukan dlm kotak)
http://www.pumponthego.com/
(yang ni basic unit iaitu tiada cooler bag medela tapi kedai ni bagi cooler bag brand lain)


Antara ketiga-tiga breastpump ni mamamia memang la berkenan kat Medela Freestyle sebabnye boleh pump sekali dua nenen kita so jimat masa. Medela Swing maxi pon sama juga cuma dh terbekenan lebih kat Medela Freestyle :) Duit nak beli tu memang ade sebab dah simpan awal-awal masa peknen dulu cuma kalau boleh nak cari harga yang termurah + ade warranty dan seller yang senang berurusan lepas beli. Mana tau kot-kot rosak ke kan...huhu harap-harap xde la problemnye..

So, ini antara list blogshop yang jual Medela Freestyle murah untuk tahun 2014:

1. http://www.pumponthego.com/
2. http://shopsiniyou.blogspot.com/
3. http://www.mybreastpumpshop.com/2014/02/medela-freestyle-vs-medela-swing-maxi.html

kalau korang ade jumpe blogshop yang jual lagi murah sudi2kanlah share ye.. :)