Tabung Cik Mia

30 September 2014

Kos Bersalin 2014 / Pakej Bersalin 2014

UPDATE 3.8.2015


Salam Jumaat semua!! Arini berblog dari opis baru..di jabatan baru.. seminggu jugaklah dah berada disini... so far Alhamdulillah :)

So, arini nak share la pakej-pakej bersalin daripada hospital swasta area Selangor / KL. Walaupon tak banyak, harap dapat dijadikan panduan dan mummy2 di luar tu bolehlah kumpul duit dari sekarang. Cumanya kali ni Mamamia tetap pilih UMSC untuk bersalin sebab dah jatuh cinta dengan servis dari Dr sampailah ke nursenya :)


University Malaya Specialist Centre
(deposit normal delivery RM4k)

Pengalaman bersalin kat sana secara c-sect tahun 2011 : RM7000
Normal maybe dalam RM3000-RM4000 boleh rujuk blog http://missanisah.blogspot.com/2014/06/pengalaman-bersalin-di-umsc.html

Hospital Putrajaya (FPP)

website ni sangat membantu http://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/ms/full-paying-patient-fpp-2

Hospital Selayang (FPP)

Normal RM1000 ++

blog ni sangat legkap untuk FPP Hospital Selayang
http://nadot.my/2014/05/kos-bersalin-normal-di-fpp-hospital-selayang.html


Shah Alam Specialist Hospital (SALAM)



Hospital UMRA Shah Alam

Packages available:
1) Delivery Package
- Starting from RM1,399
- Inclusive of
* Normal Delivery Procedures
* Ward Rounds
* Paediatrician Services including Newborn Screening
* Nursery Charges
* Routine Discharge Medication


Columbia Asia Puchong

kawan kena RM8000 (termasuk caj baby)
yg ni mmg planning c-sect  sebab anak 1st dan 2nd memang dah c-sect.

update 3.8.2015 

 Hospital Ampang Puteri 

elektif c-sect lebih kurang RM10,000 (ni cousin bersalin tahun 2015)
boleh baca blog ni.. Kos C-sect dalam RM14 ribu lebih wooo..
http://www.eyriqazz.com/2014/05/kos-bersalin-secara-pembedahan-di-ampang-puteri-hospital.html  
Boleh juga rujuk blog ni sebab ade yg lagi latest untuk kos bersalin ni:
http://hospitaluntukbersalin.blogspot.com/


Ni saje untuk hari ini.. InsyaAllah akan di update from time to time ye :)

26 September 2014

My Small Biz | Inspiredblousebymia

Alhamdulillah...



Sebenarnya idea nak jual inspired blouse ni datang secara tiba-tiba jek.. masa tu tengah google-google gambar blouse pastu terdetik..bagusnye kalau dapat cari supplier blouse murah ni dan jual. dapat juga tambah pendapatan.. walaupun tak besar mana untungnya tapi mamamia seronok pulak..hihi lagi-lagi lepas je upload gambar terus order masuk :)

Berniaga ni memang la kena kuat semangat cz bukan ari-ari orang akan order baju dengan kite. lain lah kalau kita dah lama berniaga kan.. kalau baru-baru ni memang sikit la ordernye.. pulak tu instagram baru je create untuk jual baju ni, so orang tak yakin lagi dengan kite..macam mamamia nak order ape-ape pon sure nak tgk yang follower ramai dan yg bagi feedback baik cz takot ditipu..

So far Alhamdulillah.. ade juga customer yang bukan dikalangan kawan-kawan mamamia yang order heee..
As for now baru ade 145 follower di akaun instaram @inspiredblousebymia 
Thank you..thank you pada yang sudi follow dan beli ye :)

Untuk first batch ni dapat jual berbelas-belas helai jugak la.. mamamia happyyyyy

so akan gigih lagi promote dan insyaAllah kalau sambutan menggalakkan akan amik stok banyak sikit..so boleh jual dengan harga murah pada korang semua..kannn


Muuahhh!!

Nak cari inspired blouse macam ZARA, MNG, H&M, ASUS, MASSIMO DUTTI dan sebagainya..silalah follow


inspiredblousebymia
inspiredblousebymia
 inspiredblousebymia

24 September 2014

Atasi Sembelit Ketika Mengandung

Rasanye ramai yang sembelit time mengandung ni kan? Termasuklah mamamia. Ade satu hari tu dalam pukul 3 pagi sakit perut nak membuang. Tapi alangkah malangnye sebab tak berjaya. Dalam sejam duduk toilet nak membuang tapi tak berjaya. Siap nangis ok sebab sakit sangat.. menggigil dan berpeluh badan.. akhirnya paksa teran jugak.. maka berdarahlah ia...SERAM rasanye..

Esoknye kat opis terus google ape ubat yang selamat dimakan untuk ibu pregnant bagi atasi masalah sembelit. Rata-rata blog yang dijumpai suggest suh makan Ostematrik daripada Shaklee ( saya bukan pengedar / ahli Shaklee ye) So terus jek order dengan kawan husband. dapat harga yang sangat OHSEMMM...hihi tq Mekna :) Makan Ostematrik ni memang ari-ari membuang dengan senang.. sebab die melembutkan najis kite. So selesai masalah sembelit ..hehehe

sape-sape yang sembelit tu korang try la makan Ostematrik ni k..InsyaAllah dapat mengatasi masalah korang tu.. hihi



23 September 2014

Set Bersalin / Berpantang Pilihan

Berbelah bahagi antara Set Bersalin Tanamera dan Set Bersalin NR. Dulu masa berrsalinkan Mia amik set bersalin NR ni. Best juga la set NR ni lebih-lebih lagi tang pil phytonatal dan minyak herbanika tu. Makan pil Phytonatal ni memang GERENTI tak sembelit so tak perlu nak teran-teran bagai, dan minyak herbanika ni pulak mamamia titiskan kat pad..so berangin je rasa di bawah itu hikhik.. yang lain-lain item dalam set ni memang tak pakai sangat macam lulur dan mandian tu..so last-last let go je kat orang..huhu. Tak pakai bukan sebab tak bagus tapi sebab malas la kot harharhar..


So kali ni macam nak try TANAMERA tapi ada yang kata set ni lebih macam ala-ala SPA jek..dr segi membaikpulih dalaman tu kureng skit. Tapi die lebih kepada menyegarkan badan..

Kesimpulannye ( tak sure la ni kesimpulan ke atau x pasti lagi haha) inagt nak beli loose item dari NR iaitu PHYTONATAL dan set TANAMERA.
Cumanye TANAMERA ni agak pricey la skit..


Tanamera set RM335




NR set bersalin RM290

ok, sebenarnya tak pasti nak yang mana lagi hahahaa.. hati kuat nak TANAMERA..tapi nk ubat sembelit Phytonatal tu..tapi harga nak macam harga SET NR wahahahaha...

ade sape-sape nak let-go murah-murah tak set bersalin yang korang tak abiskan tu...hehehe
jimat skit kos ahkak kannnn.. :)

kalau ade silalah komen atau whatsapp kite ek 013-7440155..

macehhh

22 September 2014

Bed Bugs a.k.a Pepijat a.k.a DRACULA !!

Sebut nama jek mamamia dah rasa geli geleman dan nak marah. Sebabnye.. macam ni.. dah sebulan lebih mamamia asyik tergaru-garu jek bila malam. Bila pegi cek Dr katanye hormon ngandung ade yg boleh sebabkan naik gatal-gatal ni. So, redha jelah..Rasa gatal ni start kat kaki..pastu kat bahu kiri dan kanan. lama2 naik kat peha pulak.

Tiap malam, ade la dlm 4 ke 5 kali akan terjaga sebab gatal yang amat. Bila dah gatal tu dalam sedar tak sedar haruslah menggaru dengan penuh perasaan..pastu terbangun dan bubuhlah ubat angin. Kononnye tak nak  bagi rasa gatal sangat... hampeh ko pepijat!!! Masa ni memang seriuss tak tau kenapa naik gatal-gatal ni dan percaya la dengan cakap Dr tu..ianya disebabkan HORMON huhu

Meh kita berkenalan dengan Cik PEPIJAT a.k.a bed bugs ni

Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.

Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius.[1] Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.[2][3]
Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.
Di dunai membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995.[4] Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat.[5][6] Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga.[6][7] Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.[5]
Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka. [8]





haaa... tu la serba sedikit pasal dracula kecik ni...

MACAM MANA BOLEH SEDAR ADE PEPIJAT KAT KATIL???

Macam ni storynye, malam Jumaat yang lepas masa baring-baring dengan Mia, tetiba nampak macam anak lipas yang kiut-miut jalan atas cadar katil dan rasa gatal tetiba menyerang.. Dah nampak anak lipas tu terus panggil husband sebab rasa was-was la kan..suh die tgk sama ada tu lipas ke bukan..pastu husband mulakan sesi menyiasat dengan menyelak cadar..so ternampaklah tilam IKEA ( yang kononnye anti bed bugs tu) dengan biji2 hitam n putih..die tak puas ati selak tempat lain pulak.. mak oiiii ade lagi dan banyak pulak tu..last-last die angkat tilam dan tengok kelilingnye..memang sah la.. siap bertelur-telu..masa tu xtau lagi benda alah ape.. Then mamamia pon google la n ternampaklah nama PEPIJAT ni.. huhu yang bestnye kat kayu katil tu lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak kooo.. naik bulu roma aii.. memang risau la bila nampak telur-telur ni.. terus terbayang duit melayang sebab kena beli bantal & tilam baru..sob..sob.. so malam tu kteorg tdo kat luar la walaupon panas tapi aman damai sebab tak rasa gatal-gatal langsung!!

untuk pngetahuan korang, hanya mamamia je kena gigit. Mia n papanye tak kena langsung ok! tak tau la kenapa..sebab mak ni gemok kot so sedap la sikit die nk menghisap darah tu..ppfftTT!!

so, skang ni, nak minta pendapat dan pandangan pada sesiapa yang penah kena mcm ni, ape yang korang buat?? camne nk matikan die?? kteorg dah buang sume bantal, alas toto dan sebagainya tapi was-was nak tido kat bilik sebab rasa seram sejuk plak takut diCIUM dracula kecik ni..hehe

Katil kteorg je x buang sebab pakai katil besi..so macam yakin la yang pepijat ni xde kat ctu..hari-hari memang spray katil tu guna Ridsect sebab ade terbaca blog yang katanye boleh bunuh pepijat ni guna Ridsect hehe..


SILALAH BANTU KAMI, MACAM MANA NAK BUNUH PEPIJAT JAHANAM TU!! uuwaaaa...




19 September 2014

35 weeks & counting....

Diam tak diam dan masuk 35 minggu sekarang ni. Alhamdulillah diberi kesihatan dan kekuatan lagi untuk berjalan dan shopping hahaha.  Kenaikan berat badan adalah lebih kurang 14kg berbanding sebelum ni masa pregnantkan Mia berat naik dah 25kg untuk minggu ke 35 ni hew hew hew... masa 38minggu dah 30kg naik kooo.. harap2 kali ni kenaikan berat tak lebih 20kg kalau tak memang mengah la..sekarang pon dah mengah hek!

Persiapan untuk sambut baby setakat ni dah 80% sedia.. banyak juga lagi 20% tak ready tu kan.. Antaranye yang tak beli lagi macam set tilam + bantal, pampers baby, keperluan mandian, duit untuk spital (ni paling penting kalau kena bayar deposit kan dah le simpan dalam ASB), minyak2 telon dan set berpantang..hehe.

Hospital yang dipilih memang UMSC dan Dr pilihan adalah Dr yang sama iaitu Prof.Dr Zawiah. Selesa dan rasa selamat je dengan die..hehehe Hari tu pegi check-up lupe nak tanya kos bersalin terkini. nanti kalau dah tanye mamamia update ye untuk sesiapa yang nak bersalin kat sana.

Oh ye.. UMSC sekarang berada kat building baru PPUM lebih cantik la berbanding dlu..dulu pon cantik n selesa sekarang lebih la cantik kan.. apepon cantik tak penting yang lebih penting selamat melahirkan anak nanti..InsyaAllah..


07 September 2014

Deco | Playroom Part 1

Harini husband baru ada masa nak cat bilik untuk jadikan playroom cumanye blk ni akan jadi tempat simpan baju jugak hehe. Maklumlah rumah ni ade 3 bilik saje.. Lama dah entry utk deco playroom ni dah diwar-warkan tp baru sekarang berkesempatan husband megecatnye. Sebelum ni bz memanjang jek...

So tunggu siap cat baru nak beli perabot n almari baju mia..harus juga tunggu tabung aya penuh dan berkokok juga ye haha

05 September 2014

Makan-makan di Kidz & Creme

Semalam balik keje terasa nak makan kat Kidz & Creme ni sebab dah tertengok gambar Nutella Cheesecake kat instagram kawan hihi.. pastu tertengok pulak instagram Kidz & Creme ini sendiri adenye mee bandung yang nampak super sedap. Walaupon Mia kena chicken pox, misi nak makan kat sana tetap diteruskan (sebab Mia ni kalau sakit memang bukan spesies yang merengek dan meragam) so senang nak bawa ke mana-mana. Actually restoran ni terletak kat Setia Alam, berdekatan dengan Setia Alam Convention Centre yang mana kami sendiri memang tak pernah sampai. Kira semalamla baru first time jejak kaki kat Setia Alam :)

Kiteorang agak was-was la mulanye sebab arah google menunjukkan restoran ni kat rumah kedai semi-D.. banyak plak kosong kedai-kedai kat situ. So, macam tak munasabah pulak ade restoran kan.. tapi sangkaanku melesettt memang ade ye Restoran Kidz & Creme ni..ade la 3 couple dalam tu termasuk sorang retis.. ye ARTIS iaitu Haniz Zalikha yang sangattttttttttttttttttttttt cantik dan comel. Macam barbie ko!! tapi malu plak nak amik gambar dengan beliau hihi


04 September 2014

Inspired Blouse | ZARA, MNG, ASOS| & Victoria Secret Fragrance Mist

Hi! korang minat tak baju inspired-inspired tu? yang design macam ni


Kalau minat boleh follow instashop mamamia ek. Kte baru je mula meniaga secara kecil-kecilan untuk baju ni. Kalau nak beli Victoria Secret Fragrance Mist pon ade. Original tau mist ni bukan gred AAA bagai tau..InsyaAllah dijamin puas hati dan harga yang berpatutan :)


Instagram : @inspiredblousebymia
untuk order boleh whatsapp ke 013.7440155 |zela|