Tabung Cik Mia

10 Jun 2015

Koleksi Lebaran 2015

Sekejap je dah nak masuk bulan Ramadhan. Bile dah tau nak dekat bulan puasa maknanya tinggal sebulan lebih lagi nak Raya. Mulalah sibuk-sibuk buka website feveret untuk search baju Raya. Antara website online yang menjadi pilihan hati tentunyalah FASHIONVALET dan ZALORA. Kalau rajin memang akan menapak pegi Modvier, Bangsar dan butik Mimpi Kita. Tapi untuk menapak ni bukanlah rajin sangat..cuma kalau ada tenaga luar biasa memang akan serbu dua tempat ni..sebab baju cantik-cantik hoiii!!
Kalau korang peminat baju dari Mimpi Kita ni bolehlah serbu butik die sebab dengar-dengar koleksi Lebaran 2015 dieorang cantik-cantik dan dah release pon certain design tu untuk dijual.
Mamamia memang dah aim beberapa baju cuma harganye je yang tak berapa nak mampu hahaha tengok la nanti kalau ade rezeki lebih bolehlah rembat baju idaman itewww..
Bawah ni ade a few website dan fashion designer yang jual baju raya meletops dan dijamin cantik jelita jika dipakai waktu raya
Www.fashionvalet.com
Www.zalora.com.my
Www.poplook.com
Www.lazada.com.my
Www.mimpikita.com.my
Www.caryazara.com
Fashion designer:
Syomir izwa
Rizman Ruzaini
Jovian Mandagie
So rajin-rajinlah melawat website atau instagram dieorg for the latest update yek!
Bye.

09 Jun 2015

Kepentingan Insuran (Medical Card)

Salam...lama dah menyepi dari berblog. Bukan dah tak minat tapi disebabkan sibuk dan juga kuota internet yang terhad hehe. Nak harapkan guna internet kat opis..memang tak dapatlah. Semua website kot kena block. Nampak sangat suruh keje tanpa henti huhu.
Nampak tajuk macam nak jual insuran kan? Tapi bukan la nak menjual cuma rasanye perlu kot share kepentingan insuran ni lebih-lebih lagi memiliki medical card. Bak kata kawan sesama skim perkhidmatan "melaburlah duit sikit untuk beli insuran untuk diri sendiri dan anak-anak walaupun kita layak duduk wad FIRST CLASS hospital kerajaan".
Terdetik nak share bile anak sulung haritu demam panas tak kebah2..jadinye bile dah macam tu teruslah maknye gelabah. Bukan ape,takut kena denggi kali kedua. Sebagai seorang ibu mesti kita nak anak rasa selesa bila berada di hospital. Yelah, tengah badan anak tak sedap mesti die akan meragam. Katalah kite check in di hospital K, mesti sesak dan terpaksa duduk sebilik 4 orang. Jarang la dapat bilik sorang kecuali anak kite tu terpaksa dikuarantin disebabkan penyakitnya berjangkit atau kronik.
Time-time macam ni la baru terasa bagusssssnye ade medical card ni. Kalau tak masuk hospital macam tak nampak kebagusannye beli insuran ni kan? Hehe tapi idok le minta kite sakit dan masuk hospital hehe.
Oh ye! Walau ada medical card ni harus juga bayar deposit untuk masuk hospital ye tapi bergantung pada hospital jg. Contohnye kalau SDMC, deposit RM1k and Sunway Medical Centre pulak RM500. Tau dua hospital ni je sebab penah duduk di dua tempat ni. Hospital lain den tak tau. Jadi perlu juga menyimpan duit untuk check in hospital ala2 hotel ni ye ;)
Alhamdulillah, ade rezeki lebih untuk dua-dua anak ni so dua-dua ada insuran inc medical card. Mamamia pilih insuran Prudential (pruBSN Takaful) disebabkan rekod die bagus. Arwah mak dulu pon guna insuran ni dan tak penah ade masalah.
Insuran untuk anak-anak mamamia ni ade juga bahagian untuk simpanan pendidikan. Bukan untuk kesihatan sahaja insuran ni..kita boleh minta pendapat agen untuk customize ape keperluan kita. So bagi mamamia tak rugi amik insuran ni kalau kita ade kemampuan. Kita pun paham kalau yang ada anak ramai dan gaji tak seberapa tu. Cuma kalau ada lebih tu eloklah melabur dengan mengambil insuran kesihatan ;) .Sekadar cadangan yek.