Tabung Cik Mia

28 Ogos 2015

Nayli dah 10 bulan

Pejam celik..pejam celik Nayli dah 10 bulan. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je naik cuti bersalin huhu jaga Nayli memang tak susah sebab tak banyak kerenah.
 
 
isk tak sabar nak balik peluk cium dua budak ni :)
 
Nayli 9 bulan ( Raya Tahun 2015 kat Johor)
Nayli and Mia. 9 Bulan vs 4 Tahun
 




19 Ogos 2015

BABY EXPO, SACC Shah Alam

Tarikh : 21-23 Ogos 2015
Tempat: SACC Shah Alam
 
 
Antara brand-brand yang yang turut serta dalam EXPO ini:
 
 

Wajib bayar PTPTN

memang wajib membayar PTPTN ni. Bukan ape, last week jabatan mamamia telah dihubungi oleh pihak PTPTN. Lantaran daripada itu, bahagian mamamia telah diarahkan untuk membuat satu perjumpaan atau senang kata sesi rundingan bersama pihak PTPTN dan peminjam. Sebenarnya rundingan ni adalah untuk menyarankan semua peminjam supaya membuat potongan gaji dan menukar kepada UJRAH.
 
 
Untuk makluman semua, untuk tukar kepada ujrah, peminjam perlu selesaikan baki tunggakan tu dulu. Tapi, jika peminjam dating pada sesi rundingan ni, mereka boleh rundinglah untuk bayar berapa yang mampu. Serendah RM500 bayar pun boleh tukar pada ujrah dah.. baki mamamia berbelas riban jugaklah. Tapi masa rundingan ni mamamia diberi kelonggaran untuk bayar RM1000. So, selamatttt la sikit. Dokumen untuk ujrah pon mereka dah emelkan. Tinggal nak matikan setem dan hantar pada PTPTN semula.. kemudian selosaiii.. bila buat potongan gaji ni, kira tak perasanlah kan.kalau tak, asyik miss je nak bayar hehe.

06 Ogos 2015

Pureen Stock Clearance Promotion

Yey!! Pureen Stock Clearance kembali lagi. Memang berbaloi beli stok time ni especially baby wipes, baby shower gel and kids shower gel.

Disarankan mummy-mummy di luar sana yang tengah preggy dan bakal melahirkan anak untuk borong time ni. Jimat!!

Kalau nak tau baju basahan baby Nayli dari umur die 1 hari hingga ke 9 bulan sekarang ni adalah jenama pureen. Kos hanya RM 1xx lebih je. Hikhik buat ape beli yang mahal-mahal kan sebab baby ni cepat membesar. Duit yang lebih boleh beli barang lain. Nak sambut baby ni belanjanye besar. Cap Mothercare tu berbaloi beli time sale je dan buat baju jalan ;) Tapi kalau memang duit tu terlebih-lebih dan laki kaya raya apa salahnye kan. Hehe

So, save the date mommiessss

05 Ogos 2015

Matlamat Tahun 2015

Senang je matlamat / azam tahun 2015 ni, ade dua je:
 
 
1. Nak Kurus ( ni azam  5 tahun yang lepas yang tak termakbul haha)
2. Bebas HUTANG!
 
 
Hutang paling berat rasanya PTPTN.
 Hutang paling tak berbaloi pulak ialah credit card haha.
Setakat ni ade utang PTPTN, credit card, loan rumah dan kereta. dalam masa 5 tahun nak settlekan hutang tak berbaloi ni.
Rumah tak pe sebab ianya asset yang menguntungkan (semakin naik nilainya mengikut tahun)
 
 
Cukuplah anak dua dulu.
Bagi mamamia bernafas dahulu.
 
Dalam umur 31 tahun ni rasanya semua dah ade. Walau pun tak kaya mana,
orang kata semua dah lengkap la.
 
Pekerjaan, Kereta, rumah, simpanan (walau tak banyak mana), anak dan suami yang penyayang, InsyaAllah.
 
 
So, sekarang tumpukan pada TARGET saje iaitu
 
dalam masa 5 tahun
BEBAS HUTANG!!!


04 Ogos 2015

Syukur Selaluuu

Blessed.
 
 
I don't have everything I want, but I do have all I need.
 
 
My two adorable princess

My family. May Allah shower us with love and happiness. Aminn

Zaman saiz S haha. Baru bertunang 2.2.2008

Wedding. 1 Mac 2009
May our love and marriage lasts till jannah.
 
 

Hello Kitty Town, Johor Bahru

Pukul 5 petang sudahhh!! balik..balikk..Sementara tunggu husband datang mamamia nak share gambar-gambar masa pergi ke Hello Kitty Town di Johor Bahru bulan Febuari yang lalu.
 
rasanye tempat ni sesuai untuk budak-budak pompuan jek..
aktiviti semua girly-girly jek
 
decorate cookies la, warnakan kuku, masuk rumah si Kitty ni..
so far oklahhhh
 
Masa ni pergi dengan family adik.
Bestnye lahaii..lama dah tak pergi holiday..
 
sob..sob..sob..
 
Semoga diberi rezeki nak bawa Mia dan Nayli jalan-jalan. Aminnnn
 
Mia and Zafran

Banyak akal budak ni tauu..saying Mia

Cik Mia pakai selipar je sebabnye lupa bawa kasut muahaha



Mamamia naik juga cawan ni, tapi malangnye tak berapa nak berpusing. Berat gamaknye hehe



Newborn Photography

Dari sebelum bersalin memang dah berangan-angan nak buat photoshoot untuk baby kedua ni. So, mencarilah mamamia dengan menggunakan google untuk pakej-pakej Newborn Photography ni. Rata-rata semua harga RM750 ke atas. Tetiba teringat pulak yang ex-staff kat opis lama ni dgn husbandnye memang buat keje part-time as a photographer. So mamamia dapat pakej istimewa dengan harga RM450. Harga ni untuk tahun 2014 ye, kalau tahun ni tak tahulah pulak kan hehehe
 
 
So di bawah ini antara hasil kerja husband and wifey tersebut :)
Kalau berminat and nak contact number photographer tersebut boleh tinggalkan email address awak-awak kat ruangan komen di bawah tu ye :)