Tabung Cik Mia

31 Julai 2015

Majlis Aqiqah Baby Qistina Nayli

Banyak pulak entry untuk hari ini. Tadi cousin telefon, katanya nak jemput datang ke Majlis Aqiqah anaknye. Banyak juga la soalan yang die tanya pasal aqiqah Nayli bulan Januari yang lepas. So terdetik hati nak share dengan kawan-kawan kat sini. Di samping tu boleh juga jadi panduan kot-kot dapat rezeki baby ketiga ke kan ahahaha
 
 
Bila cerita pasal nak buat kenduri, tak kiralah kenduri apepon termasuk majlis hari jadi, mamamia lebih suka untuk listkan ape perkara  yang perlu dibuat dan budgetnye sekali. Bukan ape, senang untuk kita juga di kemudian hari supaya tak tertinggal perkara yang penting dan bagi melancarkan perjalanan majlis tu nanti.
 
 
Ini antara perkara-perkara yang perlu dibuat / disediakan untuk majlis aqiqah:
 
1. Jumlah tetamu yang nak dijemput
- kami jemput dalam 150 orang
 
2. Tema
- haruslah pink ..act warna bandung rasanye
 
3. Menu
- ni in law uruskan..ade ayam goreng berempah, dalca, daging beriani/kari, buah-buahan, air, kuih muih dan bubur
kami sembelih KIBAS..so ade lah masuk dalam menu.. kira harga + upah masak dalam RM900
 
4. Kos untuk sekepala / per head
- dapat murah kot RM10/head
 
5. Pelamin aqiqah
- amik dengan kak Fatimah Shaari
Price range dari RM400 ke atas tak silap
 
6. Door gift
- in law sponsor :)
 
7. Khemah termasuk kerusi, meja, scallop dll (jika perlu)
- yang ni husband tak ingat. tapi selalunye 1 khemah RM350
 
8. Baju aqiqah (untuk baby sekeluarga) nak sedondon katanya kannnn.....
- Tempah sajek hehehe
belikan untuk Nayli skali
 
9. Photographer (jika perlu).. mamamia tak amik pon...hehe
- mamamia Tanya rata-rata RM700 ke atas
 
 
Budget paling penting sebab semuanya perlukan duit. Anggaran Majlis Akikah ni dalam...emm kiralah sendiri hehehe

so nak share gambar sepanjang Majlis Aqiqah baby Qistina Nayli bulan Januari 2015




 
 Beautiful Deco by kak Fatimah Shaari. Puas ati sangat dengan hasil kerja kakak ni. Kakak ni sangat baik dan jelita tauu :)
 
 

Mia and Nayli. My Elsa and Anna
 
Our small family
 
The food.
 
Bestie
 
My Jelita a.k.a Nayli
 
 

Cream untuk Kulit Baby Melecet

Alkisahnye terjadi bila baby Nayli tak tahan pada satu ubat antibiotic ni dan terjadilah cirit-birit. Mula-mula kena tu hari Jumaat, lepas amik dari nursery je die berak. Lepas bersihkan tu tak sampai sejam pon, die berak lagi.
 
 Keesokannye hari Sabtu tu ade la dalam 6 kali die cirit. Setiap kali cirit, memang akan terus tukar pampers Nayli sebab takut melecet. Hari Ahad die cirit lagi. Sepanjang cirit ni memang kerap la mamamia bagi Nayli susu sebabt takut dehydrate kan. So tengok tak berhenti cirit die ni mamamia pon bawak ke klinik. Kat klinik ni la Dr cakap maybe Nayli alah pada salah satu ubat antibiotic. Dr bagi ubat tak silap macam kapur. Cecair warna putih untuk stopkan cirit die.
 
 
Masalah melecet terjadi pada hari Isnin. Sebabnye lepas amik Nayli kat nursery dan papa die letak kat tempat mainan die menangis. Nak gerak sikit je macam susah dan menangis. Bila buka pampers cz nak tukar sebab die cirit tu barulah nampak kulit melecet tu. mak oiiiiiiiiiiiii merah menyala. Masa ni mulalah hati panas jek..sah-sah budak ni cirit dan pihak nursery tukar pampers lambat!! kesian Nayli. menangis-nangis masa nak lap najis tu dan basuh dengan air. Pedih kotttt!!
 
 
Masa ni memang tak tau la nak bubuh ape. Sekali teringat masa pregnant dulu kat babyfair ade orang bagi sample untuk rashes tu semua. So cari-cari jumpe la cream Bepanthen. Terus je gunakan sapu kat Nayli. Untuk sapuan pertama die merengek sikit je..lepas dah ratakan sapuan die diam macam tak de ape jek. Macam ni rupa cream tu ye. Harga tiub besar kat Guardian dalam RM30++ tak silap.
 
 
 
 
 
Lepas sapu tu tak lama je die cirit lagi. So teruslah tukar pampers die. Amazingly die tak nangis pon bila kulit kena air. Sangat ajaib ok cream ni hehehe. padahal guna tak sampai sejam. Warna merah tu still ade tapi mungkin die hilangkan rasa perit dan sakit tu. So, esoknye pegi kerja terus je cari cream ni kat farmasi untuk bekalkan ke Nursery.. so habis cerita.
 
 
Memang sangat-sangat recommended la cream ni untuk sesape yang anak ade rashes ke..melecet ke.. sangat mujarab dan sesuai. lagipon cream ni boleh juga digunakan kat nipple yang melecet dan tak beracun pon pada baby. So cream ni sangat selamat. Selamat mencuba!!

Demam Panas

Lama dah sebenarnya cerita ni. tapi baru hari ni rasa nak menulis tentang demam panas yang menimpa Mia. Rasanya memang patut dikongsi lebih-lebih lagi kepada mak-mak yang selalu panic kalau anak demam panas ni.

Kisahnye bermula bila demam mia tak kebah-kebah. maknanye disini adalah bila diberi makan ubat, suhu hanya turun 1 darjah celcius saja. Hari pertama Mia demam, mamamia bagi makan ubat, sejam lepas tu cek suhu daripada 39.8 *C hanya turun ke 39*C saja. So tunggu lagi 6 jam lepas tu bagi lagi ubat. Malangnya suhu sama saje, kalau kurang pun sikit. Rasa macam takut pon ada. So petang hari kedua terus bawa Mia ke Sunway Medical Centre. Bila Dr cek suhu dan suhu tinggi, terus je kena warded.

Mia kena masuk air dan antibiotic sepanjang duduk di hospital. Hari pertama masuk hospital suhu 40 darjah celcius lebih macam tu la. Kena masuk ubat bontot sebab suhu tingi sangat. Ubat bontot ni Dr akan bagi kalau suhu lebih dari 38 tak silap . Selalunya kalau demam biasa, masuk je ubat bontot ni suhu akan turun banyak. Tapi tidak kali ini. Suhu hanya turun sikit je. Turun ke 39 macam tu.

Memang sangat risau sepanjang duduk kat hospital ni. Dah la terpaksa tinggalkan si kecik tu kat rumah neneknye. Sedih memang la sedih. Masuk hari ke 4 kalau tak silap baru demam Mia kebah dan turun ke 38.. lepas tu turun lagi ke 37 something. Hari ke 5 dah ok. Alhamdulillah. Kalau ikutkan Dr , Mia kena demam viral. Ramai juga budak yang warded time tu sebab memang musin kot. Cuaca kat luar pon memang panas membahang.

So, kat sini nak share la ape tu viral fever, so mak-mak dapatlah sikit info dari perkongsian ini ye

sumber from: http://www.cpmc.org/advanced/pediatrics/patients/topics/fever.html

for Your Child's Fever
Your child has a fever if any of the following apply:
  • Rectal temperature is over 100.4° F (38.0° C).

  • Oral temperature is over 99.5° F (37.5° C).

  • Axillary (armpit) temperature is over 99.0° F (37.2° C)

  • Ear (tympanic) temperature (taken in the ear) is over 100.4° F (38.0° C) (if set in rectal mode), or > 99.5° F (37.5° C) (if set in oral mode). (Note: Not reliable if your child is less than 6 months old.)

  • Pacifier temperature is over 99.5° F (37.5° C). (Note: Not accurate in general. New digital ones are accurate. This mode is okay for screening if your child is over 3 months old.)

  • Tactile fever (the impression that your child has a fever because he or she feels hot to the touch) is evident. Tactile fevers are more accurate than we used to think; however, if you're going to call your child's doctor about a fever, actually take his or her temperature.
The body's average temperature when it is measured orally is 98.6° F (37.0° C), but it normally fluctuates during the day. Mild elevation (100.4° to 101.3° F or 38° to 38.5° C) can be caused by exercise, excessive clothing, a hot bath or hot weather. Warm food or drink also raise the oral temperature. If you suspect such an effect on the temperature of your child, take his or her temperature again in one-half hour.
 
untuk bacaan lanjut sini klik di sini.
 
Di harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua. :)