Tabung Cik Mia

27 September 2015

KURUS.

Best je dengar kalau orang kata macam ni..'eh, nampak makin kurus la'.. mesti penat jaga anak kan..hehe malangnye memang tak akan ada orang yang akan cakap macam tu sebabnye mamamia makin mengembang..berkembang mekar gituuuuu hikhik
Setelah dibuat analisis (buat sangat) penyebab gemok ni adalah disebabkan mamamia suka makan makanan rapu & mmg nafsu makan semulajadi sentiasa berselera jek. Cekedis la..itu la ini la..paling suke keropok super ring and anything yang bercheese + manis hehe. Banyak kali juga try diet tapi gagal. Bila sampai kedai makan je dah jadi sasau tgk makanan hahahahha.
Berat paling berat pernah dicapai adalah 90kg. Masa ni awal form 5. Habis je form 5 berat dah jadi 48kg. Terer x boleh turun banyak macam tu??tu dulu la..sekarang susah benau nak turunnye.
Berat masa kawin dalam 54kg ke 56kg mcm tu. Bile dah kawin naik 4kg..Berat sekarang??jangan tanye la..tak sanggup nak taip.. yang pasti 15kg dah naik wooooi..
Bila la mimpi negeri ni nak berakhir??bila?bila?
susah benau hati ni nak kuat untuk diet. Huh!!
Ya Allah kau kuatkanlah hati hambamu ini untuk kuruskan badan.Aminnnn ;)

14 September 2015

Cerita Jerebu

IPU di Petaling Jaya agak tinggi.. dalam 140 macam tu. Kat dalam rumah mmg on air purifier 24 hours dan kebanyakan masa memang merah saje la. Mia and Nayli yang sememangnye batuk sebelum ni jadi semakin teruk. Sabtu malam Mia dan start demam.. balik wedding di Monterez Club Resort suhu naik ke 40.6°C. So terus masuk ubat bontot tu..suhu turun sikit je ke 38°C.. Hari Ahad suhu badan naik ke 39°C. Mia pon melepek je..x aktif langsung. Jadi kami decide bawa ke SDMC terus..

Sampai sana terus daftar. Tak lama lps tu Dr check Mia and amik darah. Nurse tanye Dr ape yg kami biasa jumpe..terus je ckp Dr.Ali Azman. Suka Dr ni sebab memang pandai tackle budak-budak. Dr agak tua..tp kami selesa dengan Dr ni. Bila dah check semua Dd kata elok Mia admitted saje. Nak register tu agak trkezut beruk sebab deposit RM1500..rasanya awal tahun aritu masuk deposit RM1000 saje. Staff tu cakap deposit naik after the implementation of GST. So bayar je la..the rest insurance akan cover.

Disarankan sape-sape ade anak kecil tu toksah buat aktiviti luar. Duduk je rumah diam-diam. Banyakkan minum air n eat a healthy food. Time ni die dah tak sedap badan

Paling best kat SDMC ni memang makanan die sedappp jk nak dicomparekan dengan SMC yg makanan die macam...hurmmm hehe. Part makanan ni sampingan je. Yang plg penting service die antara yg memuaskan hati..Dari Dr, nurse, makanan sampailah ke rate parking hehe.

11 September 2015

Rindu nak Travel !

Hui susah nak menggambarkan betapa rindunye nak travel ni. Kalau throwback pasal Hong Kong ke, pasal Bali ke, Singapore ke... sure perasaan nak travel tu membuak-buak huhu. Tapi apakan daya kena sabarrrrrr.. kena puasa dari travel ni sekurang-kurangnye sampai tahun depan. Lepas tu ok dah kot..huhu
 
 
Kalau sesiapa tanya destinasi mana yang nak dituju, mamamia akan kata HONG KONG lagi!! memang tak puas ke sana dan best. Rasa sangat selamat kat HK ni.
 
Tempat yang wajib mestilah DISNEYLAND. Sebab kak Mia memang suka sangat termasuklah maknye hehe. Destinasi kedua rasanya AUSSIE kot. Tak penah pegi tapi melalui pembacaan ramai kata best. Kalau pegi nak try pegi musim sejuk hehe. Destinasi kedua haruslah TOKYO DISNEYLAND hehe. Apsal ntah suke sangat dengan Disneyland ni, macam cantik je tempat-tempat dalam Disneyland ni..suke..suke..suke

#throwback tempat-tempat yang mamamia pernah pergi

Hong Kong
Hong Kong
Shenzen
Bali

Singapore
 
Macau
 
Bandung

 


05 September 2015

Happy Birthday Husband!

Dah lepas baru nak published. Oklah tu kan..better late than never. .gituuu.

1 September yang lepas mamamia amik cuti konon nak celebrate birthday husband. Sekali die kena keje daaa.. nasib half day je. So dalam pukul 2 baru pegi IKEA. Pergi berdua jek. Anak hantar sekolah and nursery hihi. Lama tak berjalan berdua kan.. Belanja husband makan je time ni. Hadiah hujung tahun ye baru bagi hikhik.

Kami di usia 30-an.

03 September 2015

Nasi putih Telor goreng

 
Apabila anak bertambah, harta bertambah maka bertambah jugalah hutang piutang di dunia ini. Untuk menambah harta maka perlu buka buku hutang di bank. Kalau dilahirkan kaya raya dan sedia ada duit di bank RM1 juta tak mengapalah. Sudah tentu tak ada hutang.
 
Bila sana sini hutang, maka bermulalah fasa berjimat cermat. Ape sangatlah tak makan di tempat best-best, tak minum starbuck dan tak berganti baju 2 ke 3 tahun kan kalau selepas 2 ke 3 tahun itu kita dah boleh senyum siang dan malam..boleh goyang kaki dan paling penting lapang dada tanpa pikirkan hutang.
 
Jadi...saya dah bersedia untuk semua itu demi untuk mendapat kesenangan untuk 2 ke 3 tahun akan datang..dan senang sentiasa untuk tahun-tahun berikutnya.
 
Bertuah sebab semasa cari cara untuk bebas hutang, mamamia terjumpa dengan blog saudara zulkifli (http://www.mohdzulkifli.com/). Sikit-sikit mamamia ikut cara yang diajar. Memang payah nak ikut lebih-lebih lagi kalau nafsu shopping ni kuat hehehe. Tapi tak pe..nak senang dikemudian hari kenalah bersusah-susah dahulu. ye tak? :)
 
Hutang PTPTN dah kira selesai dengan buat potongan gaji setiap bulan. Hutang credit card sedang diselesaikan tanpa buat transaction baru. Nak potong sayang sebab tengah emergency boleh digunakan. Rumah yang bakal siap dengan berat hati akan disewakan. Setelah ditolak ditambah dan berbincang dengan husband, kata putus diambil dengan sewakan saja rumah tersebut. Mulanya nak sewakan rumah yang diduduki sekarang..tp bila dikira tak menguntungkan. Dengan sewakan rumah di Klang mamamia boleh simpan RM1600. Jika sewakan rumah di sunway, hanya boleh simpan RM250 sahaja. Jadi..kenalah buat pilihan bijak. Masa masih kuat ni kenalah kumpul harta ye tak..hehe
 
Step lepas ni nak buat simpanan 3 kali ganda gaji sekarang untuk kegunaan masa-masa kecemasan... kalau rajin boleh baca tips-tips dari website saudara zulkifli tu. Memang tak rugi... kalau mamamia dah berjaya capai target mamamia akan kongsikan dengan semua ye. Selamat mencuba!

02 September 2015

Farm In The City

Apa korang buat di hari Merdeka ye?? mesti keluar berjalan-jalan menghabiskan duit kan..hehe
Kami awal-awal dah plan nak bawa anak mengenal haiwan. Tempat yang kami pergi ni tak lah jauh. 20 minit je dah sampai. Bukan pergi zoo tapi kami ke Farm in The City. Actually ini kali kedua Mia pergi. First time die pergi ikut rombongan sekolah die. Second time ni pergi pulak sebab mak die yang nak tengok haiwan. Coz dengar cerita dari Mia macam best jek hehehe
 
 
Harga tiket masuk (bagi pemegang MyKad)
 
Dewasa RM32
Kanak-kanak RM27

seterusnya..tengok je la ye..biar gambar berbicara hehe malas den nak nulisnye :)

 
Aktiviti last adelah menunggang si ponny nie. Suka cik kak kite bayar RM7 untuk sekali pusing . Ok lah tue kan..