Tabung Cik Mia

22 September 2014

Bed Bugs a.k.a Pepijat a.k.a DRACULA !!

Sebut nama jek mamamia dah rasa geli geleman dan nak marah. Sebabnye.. macam ni.. dah sebulan lebih mamamia asyik tergaru-garu jek bila malam. Bila pegi cek Dr katanye hormon ngandung ade yg boleh sebabkan naik gatal-gatal ni. So, redha jelah..Rasa gatal ni start kat kaki..pastu kat bahu kiri dan kanan. lama2 naik kat peha pulak.

Tiap malam, ade la dlm 4 ke 5 kali akan terjaga sebab gatal yang amat. Bila dah gatal tu dalam sedar tak sedar haruslah menggaru dengan penuh perasaan..pastu terbangun dan bubuhlah ubat angin. Kononnye tak nak  bagi rasa gatal sangat... hampeh ko pepijat!!! Masa ni memang seriuss tak tau kenapa naik gatal-gatal ni dan percaya la dengan cakap Dr tu..ianya disebabkan HORMON huhu

Meh kita berkenalan dengan Cik PEPIJAT a.k.a bed bugs ni

Pijat adalah sejenis serangga parasit yang sukar disedari dari keluarga Cimicidae. Mereka hidup dengan makan darah manusia dan haiwan berdarah panas yang lain.

Pijat atau pijat-pijat ialah serangga parasit kecil. Jenis paling biasa adalah Cimex lectularius.[1] Istilah ini biasanya merujuk kepada spesies yang cenderung menghisap darah manusia. Kesemua serangga dalam keluarga ini hidup menghisap darah sepenuhnya dari haiwan berdarah panas.[2][3]
Sejumlah kesan yang menjejaskan kesihatan mungkin disebabkan oleh pijat, termasuk radang kulit, kesan psikologi, dan simptom alahan. Diagnosis membabitkan menjumpai pijat dan simptom serasi yang timbul. Rawatan sama juga sekadar merawat simptom.
Di dunai membangun, pijat kebanyakannya dihapuskan sebagai perosak pada awal 1940-an, tetapi semakin meningkat sejak 1995.[4] Oleh kerana jangkitan habitat manusia semakin meningkat, keadaan berkait dengan gigitan pijat juga turut semakin meningkat.[5][6] Punca sebenar peningkatan ini kurang jelas; ia dikatakan disebabkan peningkatan pengembaraan ke negara asing, peningkatan pertukaran perabut terpakai di rumah-rumah, penumpuan lebih besar pada pengawalan haiwan perosak lain menyebabkan pengabaian pengawalan pijat, dan peningkatan kekebalan pada racun serangga.[6][7] Bed bugs have been known as human parasites for thousands of years.[5]
Pijat menggemari habitan dalam rumah dan terutamanya di katil atau kawasan tempat tidur yang lain. Pijat sungguhpun tidak nokturnal sepenuhnya, kebanyakannya aktif pada malam hari dan mampu menghisap darah tanpa disedari oleh hos mereka. [8]





haaa... tu la serba sedikit pasal dracula kecik ni...

MACAM MANA BOLEH SEDAR ADE PEPIJAT KAT KATIL???

Macam ni storynye, malam Jumaat yang lepas masa baring-baring dengan Mia, tetiba nampak macam anak lipas yang kiut-miut jalan atas cadar katil dan rasa gatal tetiba menyerang.. Dah nampak anak lipas tu terus panggil husband sebab rasa was-was la kan..suh die tgk sama ada tu lipas ke bukan..pastu husband mulakan sesi menyiasat dengan menyelak cadar..so ternampaklah tilam IKEA ( yang kononnye anti bed bugs tu) dengan biji2 hitam n putih..die tak puas ati selak tempat lain pulak.. mak oiiii ade lagi dan banyak pulak tu..last-last die angkat tilam dan tengok kelilingnye..memang sah la.. siap bertelur-telu..masa tu xtau lagi benda alah ape.. Then mamamia pon google la n ternampaklah nama PEPIJAT ni.. huhu yang bestnye kat kayu katil tu lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii banyak kooo.. naik bulu roma aii.. memang risau la bila nampak telur-telur ni.. terus terbayang duit melayang sebab kena beli bantal & tilam baru..sob..sob.. so malam tu kteorg tdo kat luar la walaupon panas tapi aman damai sebab tak rasa gatal-gatal langsung!!

untuk pngetahuan korang, hanya mamamia je kena gigit. Mia n papanye tak kena langsung ok! tak tau la kenapa..sebab mak ni gemok kot so sedap la sikit die nk menghisap darah tu..ppfftTT!!

so, skang ni, nak minta pendapat dan pandangan pada sesiapa yang penah kena mcm ni, ape yang korang buat?? camne nk matikan die?? kteorg dah buang sume bantal, alas toto dan sebagainya tapi was-was nak tido kat bilik sebab rasa seram sejuk plak takut diCIUM dracula kecik ni..hehe

Katil kteorg je x buang sebab pakai katil besi..so macam yakin la yang pepijat ni xde kat ctu..hari-hari memang spray katil tu guna Ridsect sebab ade terbaca blog yang katanye boleh bunuh pepijat ni guna Ridsect hehe..


SILALAH BANTU KAMI, MACAM MANA NAK BUNUH PEPIJAT JAHANAM TU!! uuwaaaa...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan