Tabung Cik Mia

31 Julai 2015

Majlis Aqiqah Baby Qistina Nayli

Banyak pulak entry untuk hari ini. Tadi cousin telefon, katanya nak jemput datang ke Majlis Aqiqah anaknye. Banyak juga la soalan yang die tanya pasal aqiqah Nayli bulan Januari yang lepas. So terdetik hati nak share dengan kawan-kawan kat sini. Di samping tu boleh juga jadi panduan kot-kot dapat rezeki baby ketiga ke kan ahahaha
 
 
Bila cerita pasal nak buat kenduri, tak kiralah kenduri apepon termasuk majlis hari jadi, mamamia lebih suka untuk listkan ape perkara  yang perlu dibuat dan budgetnye sekali. Bukan ape, senang untuk kita juga di kemudian hari supaya tak tertinggal perkara yang penting dan bagi melancarkan perjalanan majlis tu nanti.
 
 
Ini antara perkara-perkara yang perlu dibuat / disediakan untuk majlis aqiqah:
 
1. Jumlah tetamu yang nak dijemput
- kami jemput dalam 150 orang
 
2. Tema
- haruslah pink ..act warna bandung rasanye
 
3. Menu
- ni in law uruskan..ade ayam goreng berempah, dalca, daging beriani/kari, buah-buahan, air, kuih muih dan bubur
kami sembelih KIBAS..so ade lah masuk dalam menu.. kira harga + upah masak dalam RM900
 
4. Kos untuk sekepala / per head
- dapat murah kot RM10/head
 
5. Pelamin aqiqah
- amik dengan kak Fatimah Shaari
Price range dari RM400 ke atas tak silap
 
6. Door gift
- in law sponsor :)
 
7. Khemah termasuk kerusi, meja, scallop dll (jika perlu)
- yang ni husband tak ingat. tapi selalunye 1 khemah RM350
 
8. Baju aqiqah (untuk baby sekeluarga) nak sedondon katanya kannnn.....
- Tempah sajek hehehe
belikan untuk Nayli skali
 
9. Photographer (jika perlu).. mamamia tak amik pon...hehe
- mamamia Tanya rata-rata RM700 ke atas
 
 
Budget paling penting sebab semuanya perlukan duit. Anggaran Majlis Akikah ni dalam...emm kiralah sendiri hehehe

so nak share gambar sepanjang Majlis Aqiqah baby Qistina Nayli bulan Januari 2015




 
 Beautiful Deco by kak Fatimah Shaari. Puas ati sangat dengan hasil kerja kakak ni. Kakak ni sangat baik dan jelita tauu :)
 
 

Mia and Nayli. My Elsa and Anna
 
Our small family
 
The food.
 
Bestie
 
My Jelita a.k.a Nayli
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan