Tabung Cik Mia
31 Ogos 2015
28 Ogos 2015
Nayli dah 10 bulan
Pejam celik..pejam celik Nayli dah 10 bulan. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je naik cuti bersalin huhu jaga Nayli memang tak susah sebab tak banyak kerenah.
isk tak sabar nak balik peluk cium dua budak ni :)
![]() |
| Nayli 9 bulan ( Raya Tahun 2015 kat Johor) |
![]() |
| Nayli and Mia. 9 Bulan vs 4 Tahun |
19 Ogos 2015
BABY EXPO, SACC Shah Alam
Tarikh : 21-23 Ogos 2015
Tempat: SACC Shah Alam
Antara brand-brand yang yang turut serta dalam EXPO ini:
Wajib bayar PTPTN
memang wajib membayar PTPTN ni. Bukan ape, last week jabatan mamamia telah dihubungi oleh pihak PTPTN. Lantaran daripada itu, bahagian mamamia telah diarahkan untuk membuat satu perjumpaan atau senang kata sesi rundingan bersama pihak PTPTN dan peminjam. Sebenarnya rundingan ni adalah untuk menyarankan semua peminjam supaya membuat potongan gaji dan menukar kepada UJRAH.
Untuk makluman semua, untuk tukar kepada ujrah, peminjam perlu selesaikan baki tunggakan tu dulu. Tapi, jika peminjam dating pada sesi rundingan ni, mereka boleh rundinglah untuk bayar berapa yang mampu. Serendah RM500 bayar pun boleh tukar pada ujrah dah.. baki mamamia berbelas riban jugaklah. Tapi masa rundingan ni mamamia diberi kelonggaran untuk bayar RM1000. So, selamatttt la sikit. Dokumen untuk ujrah pon mereka dah emelkan. Tinggal nak matikan setem dan hantar pada PTPTN semula.. kemudian selosaiii.. bila buat potongan gaji ni, kira tak perasanlah kan.kalau tak, asyik miss je nak bayar hehe.
06 Ogos 2015
Pureen Stock Clearance Promotion
Yey!! Pureen Stock Clearance kembali lagi. Memang berbaloi beli stok time ni especially baby wipes, baby shower gel and kids shower gel.
Disarankan mummy-mummy di luar sana yang tengah preggy dan bakal melahirkan anak untuk borong time ni. Jimat!!
Kalau nak tau baju basahan baby Nayli dari umur die 1 hari hingga ke 9 bulan sekarang ni adalah jenama pureen. Kos hanya RM 1xx lebih je. Hikhik buat ape beli yang mahal-mahal kan sebab baby ni cepat membesar. Duit yang lebih boleh beli barang lain. Nak sambut baby ni belanjanye besar. Cap Mothercare tu berbaloi beli time sale je dan buat baju jalan ;) Tapi kalau memang duit tu terlebih-lebih dan laki kaya raya apa salahnye kan. Hehe
So, save the date mommiessss
05 Ogos 2015
Matlamat Tahun 2015
Senang je matlamat / azam tahun 2015 ni, ade dua je:
1. Nak Kurus ( ni azam 5 tahun yang lepas yang tak termakbul haha)
2. Bebas HUTANG!
Hutang paling berat rasanya PTPTN.
Hutang paling tak berbaloi pulak ialah credit card haha.
Setakat ni ade utang PTPTN, credit card, loan rumah dan kereta. dalam masa 5 tahun nak settlekan hutang tak berbaloi ni.
Rumah tak pe sebab ianya asset yang menguntungkan (semakin naik nilainya mengikut tahun)
Cukuplah anak dua dulu.
Bagi mamamia bernafas dahulu.
Dalam umur 31 tahun ni rasanya semua dah ade. Walau pun tak kaya mana,
orang kata semua dah lengkap la.
Pekerjaan, Kereta, rumah, simpanan (walau tak banyak mana), anak dan suami yang penyayang, InsyaAllah.
So, sekarang tumpukan pada TARGET saje iaitu
dalam masa 5 tahun
BEBAS HUTANG!!!
04 Ogos 2015
Syukur Selaluuu
Blessed.
I don't have everything I want, but I do have all I need.
![]() |
| My two adorable princess |
![]() |
| My family. May Allah shower us with love and happiness. Aminn |
![]() |
| Zaman saiz S haha. Baru bertunang 2.2.2008 |
![]() |
| Wedding. 1 Mac 2009 May our love and marriage lasts till jannah. |
Hello Kitty Town, Johor Bahru
Pukul 5 petang sudahhh!! balik..balikk..Sementara tunggu husband datang mamamia nak share gambar-gambar masa pergi ke Hello Kitty Town di Johor Bahru bulan Febuari yang lalu.
rasanye tempat ni sesuai untuk budak-budak pompuan jek..
aktiviti semua girly-girly jek
decorate cookies la, warnakan kuku, masuk rumah si Kitty ni..
so far oklahhhh
Masa ni pergi dengan family adik.
Bestnye lahaii..lama dah tak pergi holiday..
sob..sob..sob..
Semoga diberi rezeki nak bawa Mia dan Nayli jalan-jalan. Aminnnn
![]() |
| Mia and Zafran |
![]() |
| Banyak akal budak ni tauu..saying Mia |
![]() |
| Cik Mia pakai selipar je sebabnye lupa bawa kasut muahaha |
![]() |
| Mamamia naik juga cawan ni, tapi malangnye tak berapa nak berpusing. Berat gamaknye hehe |
Newborn Photography
Dari sebelum bersalin memang dah berangan-angan nak buat photoshoot untuk baby kedua ni. So, mencarilah mamamia dengan menggunakan google untuk pakej-pakej Newborn Photography ni. Rata-rata semua harga RM750 ke atas. Tetiba teringat pulak yang ex-staff kat opis lama ni dgn husbandnye memang buat keje part-time as a photographer. So mamamia dapat pakej istimewa dengan harga RM450. Harga ni untuk tahun 2014 ye, kalau tahun ni tak tahulah pulak kan hehehe
So di bawah ini antara hasil kerja husband and wifey tersebut :)
Kalau berminat and nak contact number photographer tersebut boleh tinggalkan email address awak-awak kat ruangan komen di bawah tu ye :)
31 Julai 2015
Majlis Aqiqah Baby Qistina Nayli
Banyak pulak entry untuk hari ini. Tadi cousin telefon, katanya nak jemput datang ke Majlis Aqiqah anaknye. Banyak juga la soalan yang die tanya pasal aqiqah Nayli bulan Januari yang lepas. So terdetik hati nak share dengan kawan-kawan kat sini. Di samping tu boleh juga jadi panduan kot-kot dapat rezeki baby ketiga ke kan ahahaha
Bila cerita pasal nak buat kenduri, tak kiralah kenduri apepon termasuk majlis hari jadi, mamamia lebih suka untuk listkan ape perkara yang perlu dibuat dan budgetnye sekali. Bukan ape, senang untuk kita juga di kemudian hari supaya tak tertinggal perkara yang penting dan bagi melancarkan perjalanan majlis tu nanti.
Ini antara perkara-perkara yang perlu dibuat / disediakan untuk majlis aqiqah:
1. Jumlah tetamu yang nak dijemput
- kami jemput dalam 150 orang
2. Tema
- haruslah pink ..act warna bandung rasanye
3. Menu
- ni in law uruskan..ade ayam goreng berempah, dalca, daging beriani/kari, buah-buahan, air, kuih muih dan bubur
kami sembelih KIBAS..so ade lah masuk dalam menu.. kira harga + upah masak dalam RM900
4. Kos untuk sekepala / per head
- dapat murah kot RM10/head
5. Pelamin aqiqah
- amik dengan kak Fatimah Shaari
Price range dari RM400 ke atas tak silap
6. Door gift
- in law sponsor :)
7. Khemah termasuk kerusi, meja, scallop dll (jika perlu)
- yang ni husband tak ingat. tapi selalunye 1 khemah RM350
8. Baju aqiqah (untuk baby sekeluarga) nak sedondon katanya kannnn.....
- Tempah sajek hehehe
belikan untuk Nayli skali
9. Photographer (jika perlu).. mamamia tak amik pon...hehe
- mamamia Tanya rata-rata RM700 ke atas
Budget paling penting sebab semuanya perlukan duit. Anggaran Majlis Akikah ni dalam...emm kiralah sendiri hehehe
so nak share gambar sepanjang Majlis Aqiqah baby Qistina Nayli bulan Januari 2015

so nak share gambar sepanjang Majlis Aqiqah baby Qistina Nayli bulan Januari 2015
Beautiful Deco by kak Fatimah Shaari. Puas ati sangat dengan hasil kerja kakak ni. Kakak ni sangat baik dan jelita tauu :)
Mia and Nayli. My Elsa and Anna
Our small family
The food.
Bestie
My Jelita a.k.a Nayli
Langgan:
Catatan (Atom)






















