Tabung Cik Mia

03 September 2015

Nasi putih Telor goreng

 
Apabila anak bertambah, harta bertambah maka bertambah jugalah hutang piutang di dunia ini. Untuk menambah harta maka perlu buka buku hutang di bank. Kalau dilahirkan kaya raya dan sedia ada duit di bank RM1 juta tak mengapalah. Sudah tentu tak ada hutang.
 
Bila sana sini hutang, maka bermulalah fasa berjimat cermat. Ape sangatlah tak makan di tempat best-best, tak minum starbuck dan tak berganti baju 2 ke 3 tahun kan kalau selepas 2 ke 3 tahun itu kita dah boleh senyum siang dan malam..boleh goyang kaki dan paling penting lapang dada tanpa pikirkan hutang.
 
Jadi...saya dah bersedia untuk semua itu demi untuk mendapat kesenangan untuk 2 ke 3 tahun akan datang..dan senang sentiasa untuk tahun-tahun berikutnya.
 
Bertuah sebab semasa cari cara untuk bebas hutang, mamamia terjumpa dengan blog saudara zulkifli (http://www.mohdzulkifli.com/). Sikit-sikit mamamia ikut cara yang diajar. Memang payah nak ikut lebih-lebih lagi kalau nafsu shopping ni kuat hehehe. Tapi tak pe..nak senang dikemudian hari kenalah bersusah-susah dahulu. ye tak? :)
 
Hutang PTPTN dah kira selesai dengan buat potongan gaji setiap bulan. Hutang credit card sedang diselesaikan tanpa buat transaction baru. Nak potong sayang sebab tengah emergency boleh digunakan. Rumah yang bakal siap dengan berat hati akan disewakan. Setelah ditolak ditambah dan berbincang dengan husband, kata putus diambil dengan sewakan saja rumah tersebut. Mulanya nak sewakan rumah yang diduduki sekarang..tp bila dikira tak menguntungkan. Dengan sewakan rumah di Klang mamamia boleh simpan RM1600. Jika sewakan rumah di sunway, hanya boleh simpan RM250 sahaja. Jadi..kenalah buat pilihan bijak. Masa masih kuat ni kenalah kumpul harta ye tak..hehe
 
Step lepas ni nak buat simpanan 3 kali ganda gaji sekarang untuk kegunaan masa-masa kecemasan... kalau rajin boleh baca tips-tips dari website saudara zulkifli tu. Memang tak rugi... kalau mamamia dah berjaya capai target mamamia akan kongsikan dengan semua ye. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan