Tabung Cik Mia

30 Disember 2015

CUTI-CUTI JB

Setelah sekian lama tak balik JB akhirnya cuti last week 24 hingga 27 Disember kami balik kamponggggg.. sebelum ni nak balik je mesti Mia demam la..warded la..ade keje la.. so kali ni Alhamdulillah dapat balik kampong jumpe adik. Perjalanan masa tu memang paling lama la kot..8 jam baru sampai JB hahaha gile jem. Mula-mula ingat nak balik malam, tapi apakan daya mama n papamia penat dan mengantuk. kalau tak pukul 10 malam selalunye baru kami gerak ke JB.
 
 
Banyak dah tempat-tempat best kat JB ni. Masa balik tu pegi Kotaraya, Stulang Laut, restoran Hua Mui, Bazar Karat dan JPO. Ikutkan malas nak berjalan sebab dah tau mesti ramai orang.  Sangat ramai orang ok kat JB cuti sekolah ni..huhu
 
 
Restoran Hua Mui, Jalan Trus, JB
Harga_ berpatutan sangat
 
Tempat wajib yang mamamia pegi bile balik JB ni mesti ke Restoran Hua Mui.. boleh try mee Hua Mui ala-ala mee hailam tu..nasi goreng pon sedap..paling best roti bakar kaya n mentega.. best-best!!
 
Nasi goreng seafood Stulang Laut
Harga: Mahal
 
First time pegi kedai ni. Nasi goreng 5, sotong 1 ekor (besar) , ikan pari (sebelah sederhana besar) dan 6 air tin bunga = RM 108. Rasa makanan ok la, nasi goreng tak berapa syok sangat. Ade tempat yang lagi best katanye kat taman Kobena, Tampoi. Nasi goreng seafood juga dan harga lagi murahhhhhhhhhhh dari kat Stulang ni.
 
Kat JPO giler ramai orang, so x makan pon kat sana. Balik dr JPO singgah makan Mc'D saje.
 Nak masuk butik Juruletih pun berjela-jela orang. Dengan bawa 2 orang budak yang sangat lasak ni, batalkan je niat nak bershopping hehe. Selamat duit.
 
 
Biasa je kan cuti-cuti JB kami ni..hehe.. cuti balik kampong je pon.heheehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan