Tabung Cik Mia

30 Jun 2016

# throwback Happy 7th Anniversary to US!!

Teringat pasal anniversary kami yang ke 7 tahun ni pada 1 Mac 2016. Alhamdulillah, 7 tahun hidup bersama dikurniakan 2 cahaya mata :). Cuma masa tarikh ni den x sihat la..so MC duduk rumah. tgh hari tu incik husband ajak pegi makan, so pegilah Sunway Pyramid depan rumah tu jek.. dalam perjalanan ke sana tetiba husband amik sesuatu kat belakang seat..
 
 
taraaa!!!!!
 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
handbag idaman hehehe
 

Kami dating berdua di Madan Kwans je aritu..makan-makan, borak-borak. Pegi dating pon balik mesti beli barang anak-anak.
 
Gambar yang sempat diabadikan pada hari anniversary kami..
 


 
Terima kasih incik husband. Jasamu dikenang...hehehe

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


13 Jun 2016

MIMPI KITA TOP TO LET GO!


MIMPI KITA FERN BIAS TOP IN YELLOW TO LET GO
bought from Fashionvalet.com

NEW AND UNWORN
Size: XL/UK16
RM260 inc postage
(Retail: RM300)

whatsapp 0137440155

01 Jun 2016

New York Hotel, Johor Bahru

Kali ni nak cerita pasal NY Hotel JB pulak. Menginap kt sini pun disebabkan kerja. Mamamia sempat menginap untuk 4 hari 3 malam.

Lokasi sangat strategik sama ada untuk ke Singapore..Nusajaya atau ke Bandar. Kedai makan banyak sangat depan hotel..ade Boboiboy Cafe dan Benafe Villagr..malam2 blh layan live band di Benaffe Village ni.

Kerja Cum Bercuti

Lama dah simpan hajat nak post pasal hotel yg mamamia menginap masa kursus di Melaka bulan April yg lepas.

The Pines Hotel Melaka... mmg best. Dari part makan..sampai la ke bilik tidur.. memang sangat selesa dan mamamia suka.

Hotel ni pun ada jenis bilik yang buka2 je boleh terjun ke pool hehe

So..mari kite layan gambar

31 Disember 2015

Confinement Lady (CL)

Bagi wanita-wanita yang nak bersalin atau tengah mengandung..lebih-lebih lagi yang tak de sape nak jaga masa tengah berpantang mesti tercari-cari CL ni kan? mamamia sangat-sangat suggestkan cariiiilah CL sebab banyak yang mereka ni dapat bantu. Yelah kite yang baru bersalin ni kena banyak rehat, tak boleh banyak gerak apatah lagi lasak-lasak. Kalau ade MIL atau kakak yang boleh jaga tu lainlah.Tapi ingat bukan masak untuk kte je..tapi haruslah boleh tolong jaga baby juga. Sebab baby lah yang akan buat kite banyak gerak..yalah kejap-kejap die bangun nak susu..nangis sebab berak dan sebagainye. Kalau takat masak je baik korang cari CL.
Mamamia sangat-sangat menyesal coz tak cari CL. Sekarang dan 42 hari berpantang dan tempat csect serta badan sakit-sakit dah ni. 2 weeks pantang umah MIL..selebihnye pantang di rumah sendiri. So semua keje kena buat sendiri..p3nat wooo.. masak ke..tukar pampers ke..buat susu ke..semua sendiri. So banyak gerak dan sangatlah penat. Mesti ada yang rasa hire CL ni mahal dan merugikan. Tapi sebenarnye amat berbaloi sebab diri kite terjaga dan kite dapat rehat secukupnye.Yang penting kesihatan kan..so bayar mahal-mahal sekali je pon..asalkan kesihatan kite terjaga. tak delah stress macam mamamia ni haa hahaha
Hari ke 5 hingga ke 7 tak silap la..mamamia ade amik tukang urut. Yang ni die buat urut, param, pilis dan mandi air daun tu. Harga RM90 sehari. Servis die so-so je lah..xde bagi makan or minum air jamu ke ape..Hari ke 40 hingga ke 42 mamamia ade amik pakej dari Blessed Beauty Confinement (yang kak ice tu). Amik Pakej 2- urut dan bertungku/tuam satu badan. Servis ok, dapat tukang urut nama Kak.Ita. Sangat ramah kakak ni..best. Dapat tau pasal khidmat BBC ni pon setelah di google dan baca kat blog2.Ramai yang suggest. Pakej mamamia amik ni RM120/hari.
Next time kalau ade rezeki lebih nak try khidmat dari Moms Retreat Home.Nak amik pakej yang duduk kat centre die tu. Senang sikit dan sesuai bagi mamamia yang patim piatu ni haa hehehe.. so bawah ni adalah pakej-pakej yang ditawarkan..best kan ;)
 
 
boleh ke website-website ni untuk tengok pakej-pakej penjaga pantang / confinement lady ye :
 
 
 
 
 

30 Disember 2015

CUTI-CUTI JB

Setelah sekian lama tak balik JB akhirnya cuti last week 24 hingga 27 Disember kami balik kamponggggg.. sebelum ni nak balik je mesti Mia demam la..warded la..ade keje la.. so kali ni Alhamdulillah dapat balik kampong jumpe adik. Perjalanan masa tu memang paling lama la kot..8 jam baru sampai JB hahaha gile jem. Mula-mula ingat nak balik malam, tapi apakan daya mama n papamia penat dan mengantuk. kalau tak pukul 10 malam selalunye baru kami gerak ke JB.
 
 
Banyak dah tempat-tempat best kat JB ni. Masa balik tu pegi Kotaraya, Stulang Laut, restoran Hua Mui, Bazar Karat dan JPO. Ikutkan malas nak berjalan sebab dah tau mesti ramai orang.  Sangat ramai orang ok kat JB cuti sekolah ni..huhu
 
 
Restoran Hua Mui, Jalan Trus, JB
Harga_ berpatutan sangat
 
Tempat wajib yang mamamia pegi bile balik JB ni mesti ke Restoran Hua Mui.. boleh try mee Hua Mui ala-ala mee hailam tu..nasi goreng pon sedap..paling best roti bakar kaya n mentega.. best-best!!
 
Nasi goreng seafood Stulang Laut
Harga: Mahal
 
First time pegi kedai ni. Nasi goreng 5, sotong 1 ekor (besar) , ikan pari (sebelah sederhana besar) dan 6 air tin bunga = RM 108. Rasa makanan ok la, nasi goreng tak berapa syok sangat. Ade tempat yang lagi best katanye kat taman Kobena, Tampoi. Nasi goreng seafood juga dan harga lagi murahhhhhhhhhhh dari kat Stulang ni.
 
Kat JPO giler ramai orang, so x makan pon kat sana. Balik dr JPO singgah makan Mc'D saje.
 Nak masuk butik Juruletih pun berjela-jela orang. Dengan bawa 2 orang budak yang sangat lasak ni, batalkan je niat nak bershopping hehe. Selamat duit.
 
 
Biasa je kan cuti-cuti JB kami ni..hehe.. cuti balik kampong je pon.heheehehe

16 Disember 2015

Late Delivery Cheque

 
 
Jumaat lepas tlh menggembirakan hati den..banyak gumbira tau sebab IOI call bagitau yang cek dah ready. Cek ape?? Korang tau x kalau rumah yang dibeli tu lewat siap dari tarikh yang sepatutnya, korang layak dapat bayaran disebabkan kelewatan pemaju.
Rumah kat Klang yang mamamia beli ni lewat 2 bulan lebih dari tarikh yang sepatutnya siap. Rumah ni mamamia beli masa launching day bulan 7 (kalau tak silap). Tempoh siap sepatutnya 2 tahun yg mana genap 2 tahun tu pada bln 7 tahun ni. So disebabkan lewat ni la  mamamia dapat durian runtuh hehehehe. Dapat tau yg ioi nk bagi duit ni masa buat appointment utk amik kunci.. Alhamdulillah cukuplah buat settlekan yuran sekolah Mia dan simpan sikit.
So kalau beli rumah tu make sure rumah siap pada masa yang ditentukan..kalau tak siap..boleh claim durian runtuh kat pemaju hehehe

12 Disember 2015

Hi-5 Concert di Istana Budaya

Pagi tadi bawa kakak Mia tengok Concert Hi-5 Istana Budaya. Tiket ni hadiah dari papamia. Pergi berdua jek sbb papa kna pegi site kat Muzium Muzik. So berhoyeh hoyeh berdua je kami. Nayli duduk kat school kejap ye hehe.
 
Show kami mula jam 10.30pagi..habis pukul 12.00. Ade masa rehat 15minit tang diberikan. So nak kencing ke ape boleh buat masa ni.
 
Tempat duduk kami di tingkat bawah..Depan stage untuk tiket VIP kot yang boleh joget2 tu.So clear la nampak kakak n abang Hi-5 joget-joget. Masa show dah 30 minit Mia dah tak tahan duduk, dan berjaya meloloskan diri ke tempat VIP. Cuma tak best tempat VIP ni sakit tengkok mendongak hehe..Jadi kembali la makmia ke tempat asal.
 
Ni gambar disekitar Concert Hi-5.

07 November 2015

Kisah Rumah Baru - Bandar Putera Klang 2

Alhamdulillah..akhirnya rumah kami dah ade penyewa. Legaaaa cek rasa..tak payah bayar bulan-bulan dah..hehe Rumah baru kami di Bandar Putera 2 Klang dah siap sepenuhnye. Last 2 weeks dah amik kunci.. amik kunci pagi then petangnye terus cek defect dan hantar ke IOI Office. Cuti tak banyak jadi semuanya kena diselesaikan dalam masa 1 hari.

Dalam bz check defect rumah tu kami sebok2 juga tengok rumah orang lain yang nak disewakan. Tujuannye nak amik nombor agent saje huhu. Dah amik no terus col agent cakap nak sewakan rumah. So..amik masa 2 minggu juga nak dapat penyewa ni. Kira cepat jugak la kan..

First installment untuk rumah ni bermula bulan Oktober..so kira penyewa ni dah bayarkan lah untuk bulan ni.

Senang guna agent..cuma kena bayar la kan. Tak pe..asalkan ade penyewa sudah. Deposit kami amik 2+1..utility half month.

Ramai tanya termasuk family yang terdekat, kenapa disewakan dan tak duduk. Sayang rumah baru disewakan..hehe Bagi kami sama je..kalau rumah baru ni kami duduk..kami akan renovate 1 rumah n pecahkan utk jadi lebih besar.. kalau 2 ke 3 tahun lagi baru nak.duduk pun kami tetap akan renovate keseluruhan rumah.. so buat masa ni biarlah disewakan saja cz rumah yang kami duduk sekarang ni pon memang rumah sendiri ;). Alhamdulillahhh...

Banyak sebenarnye perancangan mamamia n papamia ni. Kata nak bebas hutang hehe kenalah ade strategi barulah tercapai matlamat. Semoga apa yang kami buat ni dipermudahkan Allah. Amin

14 Oktober 2015

Menu Atkin

Saje nak share menu atkin. Mamamia tak.buat atkin pon..sebab tak de kekuatan lg hahaha. Nafsu makan ade jek dan masalah utama tak pernah berjaya atkin adalah kerana susah nak tinggalkan coffee..slluurrppp

Jadi bagi korang yang nak mula ber Atkin bolehlah ikut menu ni. Selamat mencuba dan semoga berjaya.. insyaAllah. Sumber dari Kelab Diet Atkins.