Tabung Cik Mia

19 September 2014

35 weeks & counting....

Diam tak diam dan masuk 35 minggu sekarang ni. Alhamdulillah diberi kesihatan dan kekuatan lagi untuk berjalan dan shopping hahaha.  Kenaikan berat badan adalah lebih kurang 14kg berbanding sebelum ni masa pregnantkan Mia berat naik dah 25kg untuk minggu ke 35 ni hew hew hew... masa 38minggu dah 30kg naik kooo.. harap2 kali ni kenaikan berat tak lebih 20kg kalau tak memang mengah la..sekarang pon dah mengah hek!

Persiapan untuk sambut baby setakat ni dah 80% sedia.. banyak juga lagi 20% tak ready tu kan.. Antaranye yang tak beli lagi macam set tilam + bantal, pampers baby, keperluan mandian, duit untuk spital (ni paling penting kalau kena bayar deposit kan dah le simpan dalam ASB), minyak2 telon dan set berpantang..hehe.

Hospital yang dipilih memang UMSC dan Dr pilihan adalah Dr yang sama iaitu Prof.Dr Zawiah. Selesa dan rasa selamat je dengan die..hehehe Hari tu pegi check-up lupe nak tanya kos bersalin terkini. nanti kalau dah tanye mamamia update ye untuk sesiapa yang nak bersalin kat sana.

Oh ye.. UMSC sekarang berada kat building baru PPUM lebih cantik la berbanding dlu..dulu pon cantik n selesa sekarang lebih la cantik kan.. apepon cantik tak penting yang lebih penting selamat melahirkan anak nanti..InsyaAllah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan