Tabung Cik Mia

05 September 2014

Makan-makan di Kidz & Creme

Semalam balik keje terasa nak makan kat Kidz & Creme ni sebab dah tertengok gambar Nutella Cheesecake kat instagram kawan hihi.. pastu tertengok pulak instagram Kidz & Creme ini sendiri adenye mee bandung yang nampak super sedap. Walaupon Mia kena chicken pox, misi nak makan kat sana tetap diteruskan (sebab Mia ni kalau sakit memang bukan spesies yang merengek dan meragam) so senang nak bawa ke mana-mana. Actually restoran ni terletak kat Setia Alam, berdekatan dengan Setia Alam Convention Centre yang mana kami sendiri memang tak pernah sampai. Kira semalamla baru first time jejak kaki kat Setia Alam :)

Kiteorang agak was-was la mulanye sebab arah google menunjukkan restoran ni kat rumah kedai semi-D.. banyak plak kosong kedai-kedai kat situ. So, macam tak munasabah pulak ade restoran kan.. tapi sangkaanku melesettt memang ade ye Restoran Kidz & Creme ni..ade la 3 couple dalam tu termasuk sorang retis.. ye ARTIS iaitu Haniz Zalikha yang sangattttttttttttttttttttttt cantik dan comel. Macam barbie ko!! tapi malu plak nak amik gambar dengan beliau hihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan