Tabung Cik Mia

09 Jun 2015

Kepentingan Insuran (Medical Card)

Salam...lama dah menyepi dari berblog. Bukan dah tak minat tapi disebabkan sibuk dan juga kuota internet yang terhad hehe. Nak harapkan guna internet kat opis..memang tak dapatlah. Semua website kot kena block. Nampak sangat suruh keje tanpa henti huhu.
Nampak tajuk macam nak jual insuran kan? Tapi bukan la nak menjual cuma rasanye perlu kot share kepentingan insuran ni lebih-lebih lagi memiliki medical card. Bak kata kawan sesama skim perkhidmatan "melaburlah duit sikit untuk beli insuran untuk diri sendiri dan anak-anak walaupun kita layak duduk wad FIRST CLASS hospital kerajaan".
Terdetik nak share bile anak sulung haritu demam panas tak kebah2..jadinye bile dah macam tu teruslah maknye gelabah. Bukan ape,takut kena denggi kali kedua. Sebagai seorang ibu mesti kita nak anak rasa selesa bila berada di hospital. Yelah, tengah badan anak tak sedap mesti die akan meragam. Katalah kite check in di hospital K, mesti sesak dan terpaksa duduk sebilik 4 orang. Jarang la dapat bilik sorang kecuali anak kite tu terpaksa dikuarantin disebabkan penyakitnya berjangkit atau kronik.
Time-time macam ni la baru terasa bagusssssnye ade medical card ni. Kalau tak masuk hospital macam tak nampak kebagusannye beli insuran ni kan? Hehe tapi idok le minta kite sakit dan masuk hospital hehe.
Oh ye! Walau ada medical card ni harus juga bayar deposit untuk masuk hospital ye tapi bergantung pada hospital jg. Contohnye kalau SDMC, deposit RM1k and Sunway Medical Centre pulak RM500. Tau dua hospital ni je sebab penah duduk di dua tempat ni. Hospital lain den tak tau. Jadi perlu juga menyimpan duit untuk check in hospital ala2 hotel ni ye ;)
Alhamdulillah, ade rezeki lebih untuk dua-dua anak ni so dua-dua ada insuran inc medical card. Mamamia pilih insuran Prudential (pruBSN Takaful) disebabkan rekod die bagus. Arwah mak dulu pon guna insuran ni dan tak penah ade masalah.
Insuran untuk anak-anak mamamia ni ade juga bahagian untuk simpanan pendidikan. Bukan untuk kesihatan sahaja insuran ni..kita boleh minta pendapat agen untuk customize ape keperluan kita. So bagi mamamia tak rugi amik insuran ni kalau kita ade kemampuan. Kita pun paham kalau yang ada anak ramai dan gaji tak seberapa tu. Cuma kalau ada lebih tu eloklah melabur dengan mengambil insuran kesihatan ;) .Sekadar cadangan yek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan