Tabung Cik Mia

31 Julai 2015

Cream untuk Kulit Baby Melecet

Alkisahnye terjadi bila baby Nayli tak tahan pada satu ubat antibiotic ni dan terjadilah cirit-birit. Mula-mula kena tu hari Jumaat, lepas amik dari nursery je die berak. Lepas bersihkan tu tak sampai sejam pon, die berak lagi.
 
 Keesokannye hari Sabtu tu ade la dalam 6 kali die cirit. Setiap kali cirit, memang akan terus tukar pampers Nayli sebab takut melecet. Hari Ahad die cirit lagi. Sepanjang cirit ni memang kerap la mamamia bagi Nayli susu sebabt takut dehydrate kan. So tengok tak berhenti cirit die ni mamamia pon bawak ke klinik. Kat klinik ni la Dr cakap maybe Nayli alah pada salah satu ubat antibiotic. Dr bagi ubat tak silap macam kapur. Cecair warna putih untuk stopkan cirit die.
 
 
Masalah melecet terjadi pada hari Isnin. Sebabnye lepas amik Nayli kat nursery dan papa die letak kat tempat mainan die menangis. Nak gerak sikit je macam susah dan menangis. Bila buka pampers cz nak tukar sebab die cirit tu barulah nampak kulit melecet tu. mak oiiiiiiiiiiiii merah menyala. Masa ni mulalah hati panas jek..sah-sah budak ni cirit dan pihak nursery tukar pampers lambat!! kesian Nayli. menangis-nangis masa nak lap najis tu dan basuh dengan air. Pedih kotttt!!
 
 
Masa ni memang tak tau la nak bubuh ape. Sekali teringat masa pregnant dulu kat babyfair ade orang bagi sample untuk rashes tu semua. So cari-cari jumpe la cream Bepanthen. Terus je gunakan sapu kat Nayli. Untuk sapuan pertama die merengek sikit je..lepas dah ratakan sapuan die diam macam tak de ape jek. Macam ni rupa cream tu ye. Harga tiub besar kat Guardian dalam RM30++ tak silap.
 
 
 
 
 
Lepas sapu tu tak lama je die cirit lagi. So teruslah tukar pampers die. Amazingly die tak nangis pon bila kulit kena air. Sangat ajaib ok cream ni hehehe. padahal guna tak sampai sejam. Warna merah tu still ade tapi mungkin die hilangkan rasa perit dan sakit tu. So, esoknye pegi kerja terus je cari cream ni kat farmasi untuk bekalkan ke Nursery.. so habis cerita.
 
 
Memang sangat-sangat recommended la cream ni untuk sesape yang anak ade rashes ke..melecet ke.. sangat mujarab dan sesuai. lagipon cream ni boleh juga digunakan kat nipple yang melecet dan tak beracun pon pada baby. So cream ni sangat selamat. Selamat mencuba!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan